PROFILE





Saya tidak mempunyai kepakaran pembelajaran khusus akademik fotografi. Berbekalkan minat dan usaha di dalam fotografi, saya lebih cenderung mempelajari fotografi ini bermula sebagai hobi dari kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Dari minat yang sangat mendalam saya mula mengikut kawan-kawan untuk mengambil gambar perkahwinan di sekitar kuala lumpur.


Bermula pertengahan tahun 2009, Saya mula sirius membuat sambilan mengambil gambar perkahwinan dan potret. Dalam masa yang sama saya mengambil gambar potret model dan live band di sekitar Kuala Lumpur sebagai hobi sahaja.

Kini 2012 berbekalkan pengalaman yang masih cetek saya tetapkan hati meneruskan minat fotografi ini sehingga mencapai apa yang saya inginkan yang terbaik untuk saya, keluarga dan masyarakat. 


Peralatan kamera
Nikon D90 (Body)
Nikon D5000 (Body)
AF-S Nikkor 18-55mm 1:3.5-5.6G
AF Nikkor 50mm f/1.8D
Speedlight SB-600
_