SOALAN


1. HAK MILIK?
Kami mempunyai hakmilik mutlak ke atas hasil fotografi dan anda mempunyai hak untuk mencetak dan menggunakan gambar-gambar tersebut sebanyak dan sekerap mana yang anda mahukan tetapi terhad kepada penggunaan peribadi sahaja. Sebarang urusan berkaitan penerbitan gambar di majalah dan media-media berkaitan perlu mendapat kebenaran persetujuan bersama dari pelanggan dan pihak kami NINETEEN MEI STUDIO.

2. REKAAN ALBUM?
Rekaan album terletak pada bidang kuasa kami dan pereka album NINETEEN MEI STUDIO. Walaubagaimanapun, anda boleh memberikan buah fikiran dan idea untuk kelainan yang masih dalam gaya rekaan NINETEEN MEI STUDIO. Kami berhak menolak permintaan anda yang mahu mengubah rekaan album sehingga menghilangkan ciri-ciri dan identiti tersendiri NINETEEN MEI STUDIO.

5. KELEWATAN?
Kami menetapkan tempoh 30 hari (4 minggu) untuk menyiapkan album. Tempoh itu dikira dari tarikh sehari selepas sesi fotografi yang terakhir atau selepas gambar-gambar yang telah anda pilih untuk di berikan kepada kami. Ganti rugi disebabkan oleh kelewatan kami dalam menyiapkan album adalah seperti, Jika kami kelewatan 1 minggu , kami akan berikan sebuah bingkai gambar dan sebuah gambar yang dibesarkan. Untuk kelewatan 1 minggu yang disebabkan masalah teknikal, kami akan meletakkan diskaun sebanyak RM50 untuk setiap hari yang lewat.

6. TANGGUNGJAWAB?
Anda bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal, kos perjalanan, Tol dan juga makan minum kepada jurugambar kami ketika bertugas (Untuk luar kawasan Kuala Lumpur & Selangor). Anda juga perlu memperkenalkan ahli keluarga kepada jurugambar bagi memudahkan perjalanan sesi fotografi ketika majlis berlansung. 

7. PEMILIHAN GAMBAR?
Pihak NINETEEN MEI STUDIO akan memberikan dua cara pemilihan gambar yang telah di ambil. Pertama, dalam masa terdekat selepas sesi fotografi majlis anda (1 minggu). Pihak kami akan memberikan salinan gambar di dalam DVD untuk anda pilih. Kemudian anda perlu senarikan nombor-nombor gambar tadi dan emailkan kepada kami untuk memulakan proses mereka letak gambar album dan juga proses-proses yang seterusnya.  Pilihan kedua, anda serahkan 100% kepercayaan kepada kami dari segi pemilihan gambar dari awal hingga selesai (Jika anda penat untuk memilih gambar yang sangat banyak).

- Stiky album 80 gambar
- Storybook  album 60 gambar
- Photobook album 120 gambar

8. TEMPAHAN 
Tempahan adalah berdasarkan kepada "siapa cepat dia dapat". Kami akan masukan tarikh tempahan  anda selepas deposit di jelaskan. Harga pakej dan rekaan album akan berubah tanpa sebarang notis.

9. PEMBATALAN 
Deposit tidak akan dikembalikan untuk sebarang pembatalan tempahan atau anda boleh menukar ke tarikh yang masih ada kekosongan.

10.  PEMBAYARAN 
Setelah anda bersetuju, desposit pembayaran pertama perlu dibayar ketika kontrak ini dipersetujui dan menandatangganinya. Pembayaran selebihnya perlu dijelaskan ketika anda menerima album yang telah siap. Jika pembayaran selebihnya tidak di jelaskan ketika itu, pihak kami berhak menyimpan album tersebut sehinggalah selesai pembayaran di buat oleh anda.

11. PROSES PEMBAYARAN 
 Bayaran hendaklah dijelaskan secara deposit tunai melalui akaun bank atau secara tunai selepas kontrak ini di tandatangani. Selesai pembayaran deposit tunai di buat melalui atm atau online, anda perlu menyimpan resit transaksi dan sms/email butiran resit tersebut kepada kami sebagai rujukan . Untuk pembayaran transaksi melalui akaun bank, anda perlu membayar sehari selepas kontrak ini di tandatangani.


Kamarul Addli Karim
NINETEEN MEI STUDIO
HP : 012 276 7478
Photographer | Graphic Designer
EMAIL : contact@19meidesign.com
http://www.19meidesign.com
http://www.facebook.com/19meidesign